Satu penghinaan jika fikir DAP kawal saya – Tun M

0
2

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan DAP mengawalnya ketika mengetuai kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai satu penghinaan.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir berkata DAP DAP tiada kuasa untuk mengawalnya kerana beliau paling berkuasa dalam kerajaan masa itu.

“Untuk mengatakan DAP mengawal saya … Saya fikir anda menghina saya, jika anda fikir DAP dapat mengawal saya.

“Ini tak benar sama sekali, ya lah DAP ada dalam kerajaan dan dia menjadi menteri kewangan, dia tak mengawal wang (kerajaan) sepenuhnya, saya kawal.

“DAP tak berkuasa, yang berkuasa saya, orang tahu saya jadi perdana menteri lama, masa saya jadi perdana menteri 22 tahun siapa yang kuat mengawal saya? IMF tak kawal saya, World Bank tak kawal,” katanya kepada portal itu.

Mahathir kembali daripada persaraan dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan diangkat menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

PRU14 lalu juga menjadi sejarah baharu buat politik negara apabila BN tewas buat pertama selepas 60 tahun memimpin negara.

Pada masa itu BN diterajui bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tambah Mahathir lagi, meskipun DAP menjaga kewangan negara, namun bantuan tetap diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.

“Kelantan hampir muflis, nak bayar gaji tak boleh Lim Guan Eng yang cadangkan supaya Kelantan diberi secara sekali ‘one off’ RM400 juta, Terengganu RM200 juta, ini bukan negeri PH.- Malaysiapost