Arab Saudi benarkan individu lengkap divaksinasi tunai umrah

0
2

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan hanya individu yang sudah lengkap divaksin yang diluluskan negara itu, dibenarkan menunaikan umrah dan melawat Masjidilharam dan Masjid Nabawi, berkuat kuasa mulai hari ini.

Kementerian itu juga membenarkan mereka yang disahkan diberi pengecualian daripada mengambil vaksin mengikut aplikasi Tawakkalna, juga dibenarkan melawat dua masjid suci di Makah dan Madinah.

Peraturan baharu yang berkuatkuasa hari ini dibuat sebagai langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus Covid-19 termasuk varian Delta, lapor agensi berita ArabNews.

Mereka yang sudah membuat tempahan dan mempunyai permit untuk menunaikan umrah atau mengunjungi dua masjid suci tetapi belum lengkap divaksin hendaklah mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh ditetapkan dalam permit bagi mengelak pembatalan.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi sudah memberi suntikan vaksin lebih 43.1 juta dos dan empat vaksin yang digunakan iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Bagaimanapun, mereka yang sudah lengkap mengambil vaksin Sinopharm atau Sinovach boleh diterima mengadakan umrah dan haji tetapi dengan syarat mereka perlu mengambil dos penggalak yang dipersetujui kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here