Azmin nafi terlibat tubuh parti baharu

0
2

MENTERI Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau terbabit dengan mana-mana rancangan penubuhan parti baharu.

Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, desas-desus atau sebarang berita yang mengaitkan namanya dengan perkara itu adalah tidak benar.

“Tidak benar sama sekali,” katanya ringkas seperti dilapor Berita Harian.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ahmad Razali dan penyerahan bantuan kepada penduduk setempat, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah parti politik baharu yang bakal diterajui ‘kenalan rapat’ kepada Mohamed Azmin iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, akan ditubuhkan.

Memetik laporan itu, parti politik baharu berkenaan terbuka menerima keahlian pelbagai kaum. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here