PM mesra menyapa 3 beranak makan nasi lemak di RnR

0
1

Nurul Huda Abhar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak kekok untuk bergaul dan beramah mesra bersama rakyat selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diterapkan dalam kerajaan pimpinannya.

Menerusi sebuah video berdurasi 54 saat yang dimuat naik di Facebook, Ismail Sabri secara spontan berjalan menuju ke arah seorang bapa dan dua anaknya yang sedang menikmati nasi lemak di sebuah pondok di hentian rawat dan rehat (RnR)

“Datang dari mana? Makan apa?,” tanya beliau sambil duduk disebelah anak lelaki itu.

Dalam video itu juga, lelaki itu sempat mempelawa Perdana Menteri untuk menjamu selera bersama mereka.

“Nak bergambar dengan PM (Perdana Menteri)?,” tanya bapa itu kepada anaknya.

Kedua-dua anaknya menjawab ‘nak’ dengan suara girang kerana berpeluang untuk bertemu dan bergambar dengan Perdana Menteri Malaysia ke-9 itu.

Berdasarkan kaspyen yang ditulis di hantaran itu, lokasi video tersebut dirakam semasa Ismail Sabri singgah di sebuah RnR terletak di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Rata-rata pengguna laman sosial memuji tindakan Ismail Sabri yang dikatakan ‘sempoi’ dan bersahaja semasa mendekati rakyat.

“Pemimpin yang hebat ialah yang dekat dengan rakyat dan sentiasa merasai denyut nadi rakyat. Syabas Datuk Seri,” kata Azmi Atan.

“Terbaik PM tidak sombong. Macam ini yang kita mahu. Pemimpin yang boleh bergaul dengan rakyat tanpa mengira taraf dan kuasa,” komen Abu Malik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here