Fitri Nizam
PENGARAH filem dan drama, Mohammed Murali Abdullah menyertai PAS sempena Muktamar Tahunan ke-66 parti itu, hari ini.
Beliau turut mengumumkan meninggalkan Parti Amanah yang disertainya sebelum ini.
“Hari ini saya hadiri Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Putik, Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan. Hari ini juga saya menjadi ahli PAS.
“Dengan ini saya mengumumkan yang saya sudah keluar dari Parti Amanah,” katanya menerusi laman Facebook miliknya hari ini.
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas perasmian Muktamar PAS Pusat dan Ucapan Dasar Presiden sebentar tadi.
Permohonan beliau dicadangkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan disokong oleh Timbalan Presiden, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pengarah telefilem Syaitan itu menyertai Amanah pada 2018 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – MalaysiaPost

