Kebenaran rentas negeri diumum serentak di seluruh negara – PM

0
2

KEBENARAN merentas negeri akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi mencecah 90 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pengumuman berkenaan kebenaran rentas negeri akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka pada minggu depan.

“Tunggu saya akan umumkan. Tetapi dah tak lama dan akan dibuat serentak seluruh negara. Dulu kita nak beri kebenaran apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah.

“Kalau buka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri terbabit.

“Jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kita jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vaksinasi,” katanya ketika majlis Pra Pelancaran Keluarga Malaysia, di Auditorium Perdana, Wisma Radio Angkasapuri, hari ini.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdahulu, jumlah populasi dewasa di negara ini yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 setakat semalam mencecah 89.1 peratus, iaitu 20,856,337 individu.

Sehubungan itu, hanya tinggal 0.9 peratus sahaja lagi untuk sempadan negeri dibuka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here