Newcastle kini kelab bola sepak terkaya di dunia

0
2

PENYOKONG pasukan Newcastle bersorak riang di luar Stadium St James Park, hari ini bagi meraikan pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu diambil alih oleh konsortium kaya Arab Saudi.

Public Investment Fund (PIF) mengetuai konsortium berkenaan bersama PCP Capital Partners dan RB Sports & Media disahkan mengambil alih Newcastle menerusi perjanjian 305 juta pound (RM1.73 bilion).

Pengambilalihan itu sekali gus menamatkan pemilikan 14 tahun Mike Ashley terhadap kelab itu.

Berita kegembiraan penyokong Newcastle itu boleh disaksikan di media rasmi dan laman sosial kelab itu yang teruja dengan status kelab kesayangan mereka.

Malah, legenda kelab, Alan Shearer juga teruja dengan berita tersebut yang berkongsi detik manis di laman Twitternya.

Berita itu sudah pasti dapat mengubati perasaan kecewa penyokong Newcastle ketika ini selepas pasukan berkenaan mengharungi musim baharu EPL dengan buruk apabila menghuni tangga kedua tercorot.

Daripada tujuh perlawanan setakat ini, Newcastle mengalami empat kekalahan dan tiga seri.

Newcastle kini menjadi mereka kelab paling berharta di dunia kerana PIF dikatakan memiliki aset 250 bilion pound (RM1.42 trilion).

Terdahulu, EPL akhirnya dilaporkan mengabaikan larangan BeIN Sports dari Qatar yang sebelum ini paling aktif menentang pemilikan tersebut kerana perbalahan politik antara Qatar dan Arab Saudi.

Perkara yang dinantikan penyokong The Magpies akhirnya menjadi kenyataan dengan kelab itu dikatakan bakal menerima dana 200 juta pound (RM1.13 bilion) untuk membina semula pasukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here