Lelaki, tunang ditahan ugut sebar gambar bogel wanita

0
3

Nilam Oshman

POLIS menahan seorang lelaki dan tunangnya kerana memeras ugut seorang wanita untuk menyebar gambar bogel dalam serbuan berasingan di Sungai buloh dan Sea Park di Petaling Jaya, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun ididapati melakukan pemerasan terhadap mangsa wanita berusia 22 tahun, 31 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek meminta wanita itu menyerahkan RM1,000 jika tidak mahu gambar bogelnya tersebar.

Katanya, bimbang dengan ugutan itu, mangsa membuat pemindahan wang ke dua akaun sebanyak RM300 dan RM400.

“Bagaimanapun pada 1 Jun lalu, mangsa membuat laporan polis dan siasatan mendapati dia ada memberi gambar bogel kepada bekas teman lelakinya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, telefon pintar milik teman lelakinya itu dilaporkan hilang Mac lalu.

“Siasatan mendapati suspek adalah rakan kepada bekas teman lelaki mangsa, manakala wanita tersebut adalah tunang suspek.

“Suspek lelaki menggunakan akaun tunangnya untuk tujuan pemindahan wang.

“Suspek wanita direman selama tiga hari manakala perintah tahanan reman suspek lelaki akan dimohon hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost