Tuah Zaleha dapat suami 28 tahun

0
2

IBU tunggal yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, 62, menarik perhatian warganet apabila mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya berusia 28 tahun Jumaat lalu.

Dia yang telah lebih lima tahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suaminya mengambil keputusan bernikah setelah berkenalan suaminya kini yang dikenali sebagai Ashraf yang juga seorang peniaga.

Gambar perkahwinan pasangan itu tular di media sosial.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh yang menjadi saksi pada sesi pernikahan memaklumkan majlis berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Dia turut menzahirkan rasa syukur dan mendoakan pasangan itu sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT

Menurutnya, pasangan itu berkenalan ketika dalam satu majlis di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita di Melaka beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan yang Zaleha dan pasangannya memaklumkan akan berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang. -Malaysiapost