Dos penggalak: Tak paksa, tapi disyorkan – KJ

0
2

KERAJAAN tidak mewajibkan orang ramai yang layak untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 (booster dose), namun sangat disyorkan bagi meningkatkan ketahanan imun daripada wabak berkenaan,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, individu yang ingin menerima dos penggalak disarankan selepas enam bulan dari tempoh pengambilan suntikan vaksin dos kedua.

“Dos penggalak tidak memberi menjejaskan status lengkap dos vaksin (fully vaccinated). Kita akan tawar dos penggalak kepada kumpulan-kumpulan yang kita rasa layak menerima. Tetapi ia bukan wajib untuk menerima dos penggalak.

“Sebaliknya, kita akan menawarkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu, bermula dengan warga emas, individu yang ada ‘comorbidities’, petugas barisan hadapan dan juga mereka yang ‘minor compromise’ untuk menerima dos penggalak iaitu dos ketiga.

“Kita tak akan paksa tapi sangat digalakkan selepas enam bulan daripada dos kedua, tampil menerima dos penggalak disebabkan kita rasa ada sedikit penurunan dalam tindak balas imun vaksin yang kita beri,” katanya dalam sidang media hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here