Lakukan ujian kendiri jika ingin balik kampung, jumpa golongan berusia

0
2
lebuhraya

ORANG ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah terutama bagi bertemu golongan berusia apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan, dinasihatkan agar menjalani ujian kendiri Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata langkah itu penting terutama mereka yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi.

“(Tinggal) 1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka, ketika KKM melakukan ujian saringan untuk kes simptomatik, kami menasihatkan orang yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

“Berikutan itu, jika anda ingin pulang ke kampung dan bertemu golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri Covid-19 (RTK) air liur. Pastikan mereka selamat,” katanya menerusi menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Setakat semalam, sebanyak 88.4 peratus atau 20.7 juta daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pada 22 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here