PRN Melaka: MKN akan teliti pandangan pakar – Hishammuddin

0
2

KEPUTUSAN lanjut untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan selepas meneliti kesemua aspek keselamatan dan risiko pandemik Covid-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, pandangan pakar perlu diteliti sebelum Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat sebarang keputusan.

Katanya, semua pihak perlu belajar dan melihat kesan yang berlaku dalam PRN Sabah kerana keutamaan ketika ini adalah keselamatan rakyat.

“SPR akan tentukan selepas kita bawa kepada pimpinan tertinggi. Saya sudah arahkan MKN untuk dekati pihak berkenaan termasuk KKM.

“Saya nak tahu daripada pakar-pakar apa kesanya kalau kita adakan PRN di Melaka. Jadi itu pertimbangan yang perlu difikirkan sebelum memutuskan apa yang patut dalam meniti perkembangan di Melaka,” katanya.

Beliau ditemui kepada media selepas Program Bakul MINDEF Prihatin bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee di Kementerian Pertahanan hari ini.

Semalam, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka Yang Ke-14, berkuatkuasa semalam.

Ia susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyaksikan kerajaan negeri sedia ada kehilangan majoriti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here