Rentas negeri: Tunggu pengumuman PM

0
1

TUNGGULAH pengumuman Perdana Menteri nanti, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika diminta mengulas mengenai pergerakan rentas negeri yang dijangka akan dibenarkan dalam beberapa hari lagi.

Setakat semalam, sebanyak 88.4 peratus atau 20.7 juta daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, iaitu hanya 1.6 peratus lagi untuk mencapai sasaran vaksinasi dewasa 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 September lalu berkata kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Mengulas mengenainya Hishammuddin berkata, penetapan sasaran 90 peratus itu tidak berubah dan orang ramai tidak perlu bimbang.

Katanya, kerajaan mempunyai ‘tag line’ buka dengan selamat berhubung semua kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri yang mana ia dilakukan bersandarkan data serta tidak secara tergopoh-gapah.

“Kalau 90 peratus sudah ditetapkan oleh semua pihak, kita kena pastikan sasaran ini dicapai dalam masa terdekat, kita tunggulah pengumuman Perdana Menteri nanti,” katanya.

Beliau ditemui kepada media selepas Program Bakul MINDEF Prihatin bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee di Kementerian Pertahanan hari ini.

Hishammuddin seterusnya berharap dengan kelonggaran baharu oleh kerajaan termasuk kebenaran rentas negeri dalam masa terdekat, kes Covid-19 tidak meningkat kerana ia akan memberi ekanan kepada wad di Unit Rawatan Rapi (ICU). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here