BEBERAPA hari ini heboh mengenai isu peruntukan kerajaan melalui Kementerian Kewangan sebanyak RM15 Juta kepada 63 sekolah persendirian Cina yang di bawah kendalian Dong Zong.
Spekulasi itu kian menjadi hangat dan menimbulkan tanda tanya orang ramai memandangkan belum ada sebarang kenyataan daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Kementerian Pendidikan terus didesak untuk menjelaskan mengenai isu peruntukan sebanyak RM15 juta yang disalurkan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina.
Pada masa yang sama, menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah tahfiz swasta pada saat gawat ini.
“Saya telah menghantar soalan untuk Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) yang dijadualkan setiap Selasa dan Khamis sepanjang sidang Parlimen.
“Jika soalan naik, kita nantikan jawapan Menteri Pendidikan. Walau apapun, ia merupakan isu yang wajib memerlukan penjelasan,” katanya. – Malaysiapost

