Jemaah Menteri diarah bentang laporan pencapaian 100 hari kepada rakyat – PM

0
2

PERDANA Menteri Datuk Sei Ismail Sabri Yaakob hari ini mengarahkan Jemaah Menteri untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari kepada rakyat, bagi menilai pencapaian pretasi Menteri dan Kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap Ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Katanya, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) akan bertindak sebagai penyelaras bersama.

Ismail Sabri berkata, ianya bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang.

“Prestasi setiap Ahli Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian/Jabatan, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Kementerian/Jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

“Pada 24 September 2021 dan 29 September 2021 saya telah mengadakan sesi bersama kesemua 31 Ahli Jemaah Menteri untuk memuktamadkan senarai aspirasi yang telah dicadangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu bersetuju agar Ahli Jemaah Menteri membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan beliau.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi setiap aspirasi adalah berlandaskan enam (6) teras utama iaitu:

  1. Menstruktur Semula Ekonomi
  2. Menjamin Keselamatan dan Ketenteraman Negara
  3. Meningkatkan Kesejahteraan Sosial
  4. Mempertingkatkan Infrastruktur Menyeluruh
  5. Memperkukuh Penyatuan dalam Acuan Keluarga Malaysia
  6. Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here