Jelutong ‘panas’ lagi tak dibenar mencelah

0
2

[PARLIMEN] AHLI Parlimen Jelutong, RNS Rayer ternyata cepat ‘panas’ apabila kebaikan tentang sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

Beliau sekali lagi cuba mencelah ketika isu berkenaan disentuh oleh Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau), semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) di Dewan Rakyat, hari ini.

Namun tiada laluan diberikan kepadanya dengan Steven Choong meneruskan ucapan, sambil Ahli Parlimen lain meminta agar Rayer tidak mengganggu.

“Minta laluan Yang Berhormat…bukan kacau tetapi minta berbahas. Yang Berhormat Tebrau…GST menyusahkan rakyat,” kata Rayer.

Keadaan itu menimbulkan sedikit kekecohan hingga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menegur dan memberi amaran kepada Ahli Parlimen DAP berkenaan.

“Saya nak beri amaran kepada Jelutong…sepatutnya kena dapat izin daripada Tebrau, jika tidak diberi maka sila duduk,” kata Mohd Rashid.

Semalam, Rayer turut cuba mencelah ketika Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) bercakap mengenai GST dan mencadangkan supaya cukai itu dilaksanakan semula.

Najib bagaimanapun bertegas tidak memberi laluan kepadanya untuk mencelah kerana ingin meneruskan perbahasan mengenai RMK12. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here