Ana Nayla nama puteri sulung Ayda Jebat

0
2

PELAKON terkenal Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir berkongsi nama dan wajah anak sulung mereka selepas seminggu selamat melahirkan.

Menerusi satu hantaran Instagram, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, mendedahkan nama puteri sulungnya iaitu Ana Nayla.

“Ana Nayla binti Ahmad Nabil. Assalamualaikum uncles dan aunties! Sepatutnya keluar hari ini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty. Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, pelakon Bukan Gadis Biasa itu turut memuat naik sebuah video pendek berdurasi 18 saat yang memaparkan wajah puteri sulungnya.

Nabil menerusi hantaran di Instagramnya turut memuat naik video anak sulung mereka dan meminta orang ramai mendoakan puterinya.

“Bismillahirrahmanirahim. Hai semua uncles dan aunties! Nama saya Ana Nayla. Anak perempuan Daddy Nabil dan Mummy Ayda.

“Gembira dapat bertemu dengan anda semua. Tolong titipkan doa yang baik-baik untuk saya, terima kasih,” katanya ringkas dalam entri tersebut.

Ayda selamat melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan pada 21 September lalu di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Pasangan tersebut itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here