JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan tujuh negeri akan mengalami hujan lebat dan ribut petir pada pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri tersebut termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak (Bagan Datuk, hilir Perak) serta Selangor ( Sabak Bernam).
Manakala di Terengganu di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu serta satu daerah di Johor iaitu Batu Pahat.
Di Sarawak, sebanyak enam daerah dijangka akan mengalami cuaca sama antaranya Miri, Kapit, Mukah, Sri Aman serta Bintulu. – Malaysiapost

