Kg Orang Asli Kuala Boh kena PKPD

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

HANYA satu lokaliti di seluruh negara diumumkan hari ini untuk dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata arahan itu melibatkan Kampung Orang Asli Kuala Boh di Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands di Pahang.

Katanya, PKPD di perkampungan itu akan bermula Khamis ini hingga 13 Oktober depan.

“Selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko, MKN memutuskan mengenakan PKPD di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here