Gelembung pelancongan ke Pulau Tioman, Genting Highlands ditangguh

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632822045096","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

HASRAT orang ramai untuk melancong ke Pulau Tioman dan Genting Highlands menerusi gelembung pelancongan pada 1 Oktober ini terbantut susulan ditangguhkan sementara.

Penangguhan itu disahkan Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamarudin Ibrahim yang memaklumkan ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Katanya, mesyuarat khas dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan agar tempoh pembukaan gelembung pelancongan itu ditangguhkan sementara ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi bila mana kerajaan dapat mencapai 90 peratus vaksinasi rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Jadi tempoh 1 Oktober yang diumumkan sebelum ini telah ditangguhkan ke satu tempoh, tarikh lain yang akan diumumkan Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Berikutan itu, menurut Kamaruddin, kawasan pelancongan di Pahang hanya dibuka kepada penduduk tempatan sahaja memandangkan negeri itu telah berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Oleh kerana Pahang telah memasuki Fasa Tiga, bermakna banyak aktiviti dilonggarkan dari segi pengeoperasian mereka dan rentas daerah juga dibenarkan.

“Walaupun belum lagi dibenarkan untuk rentas negeri tetapi penduduk Pahang boleh berkunjung ke mana-mana destinasi pelancongan yang terdapat di Pahang,” katanya.

Tambah Kamaruddin, penduduk tempatan yang ingin memasuki Pulau Tioman diwajibkan menjalani ujian calitan kendiri terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.

“Selain itu kita mensyaratkan setiap pelancong atau individu yang masuk ke Pulau Tioman perlu menjalani ujian calitan kendiri. Syarat ini untuk memastikan sektor pelancongan tidak menjadi penyumbang kepada penyebaran Covid-19.

“Kita percaya syarat ini disambut baik terutamanya bagi pengusaha pelancongan di Pulau Tioman,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here