PRU15: PKR Sabah sokong PH guna logo Keadilan’

0
2
Parti Keadilan Rakyat

PKR Sabah memohon pertimbangan Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan ‘logo Keadilan’ bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Sekreteriat Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah, Simsudin Sidek berkata, kemenangan PH di PRU14 lalu adalah melalui kerusi Parlimen dari parti tersebut, justeru penggunaan logo PKR lebih baik ketika PRU15 kerana dilihat boleh menarik sokongan pengundi.

“Kemenangan dalam PRU15 kali ini sewajarnya menjadi pertimbangan besar parti dalam menyusun rangka strategi pilihan raya PH.

“Harus diakui kemenangan lalu PH atas tiket logo PKR tetapi telah runtuh dan rosak oleh agenda jahat para pengkhianat termasuklah Tun Mahathir yang berpaling tadah. Maka zahirnya imej PH dan logonya itu dilihat sebagai telah gagal.

“Namun kita yakin ini tidak menjejaskan momentum sokongan rakyat kepada Keadilan itu sendiri. Malah diketahui PKR yang memiliki kerusi Parlimen terbanyak ketika itu menjadi kecil dalam saiz kerajaan Tun Mahathir.

“Perkara ini menambah simpati rakyat terhadap PKR. Oleh sebab itu penggunaan “Logo Keadilan” menjelang PRU15 nanti amatlah sesuai dan tepat untuk meraih sokongan mengulangi kemenangan PRU14 lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, cadangan penggunaan logo PKR itu dilihat sinonim dengan aspirasi masyarakat majmuk Malaysia.

“PKR adalah sandaran masa hadapan rakyat pelbagai kaum negara ini kerana prinsip keadilan, integriti dan semangat reformasi yang tulen.

“Hal yang demikian juga menyamai prinsip-prinsip diperjuangkan rakan parti DAP, Amanah dan terbaru ini UPKO yang bergabung dalam PH.

“Ditegaskan juga, bahawa syor dan sokongan ini telah dipersetujui dan ditandatangani 22 ketua-ketua Cabang Negeri Sabah termasuk Labuan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Cabang Labuan berkata, ketetapan itu dicapai sebulat suara dan menolak sebarang kemungkinan keputusan yang menafikan hak majoriti ketua-ketua cabang oleh mana-mana pihak termasuk MPN dan Majlis PH Sabah.

“Kami yakin dan percaya semangat Reformasi yang diperjuangkan mampu mengangkat martabat darjat rakyat dn seluruh warga Sabahan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here