Kedah benarkan jemaah lengkap divaksinasi solat fardu, Jumaat di masjid

0
1

KEDAH membenarkan jemaah yang telah melengkapkan doa dos vaksinasi menunaikan solat fardu di masjid berkuatkuasa esok, dengan syarat kehadiran separuh ruang solat masjid.

Pengarah Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata bagi masjid gahiru jamek serta surau, jumlah jemaah mestilah tidak lebih 100 termasuk pegawai dan jawatankuasa, tertakluk ruang solat.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kadar vaksinasi penduduk Kedah melebihi 60 peratus, kes Covid-19 yang menurun paras 1,000 serta kadar penggunaan katil pesakit Covid-19 di hospital yang menurun kepada 60 peratus.

“Bagi solat Jumaat, kita membenarkan kehadiran jemaah separuh ruang solat masjid iaitu tidak kurang 50 jemaah termasuk pegawai dan jawatan kuasa masjid,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, pengurusan masjid juga dibenarkan menyediakan ruang solat terbuka khusus kepada musafir.

Katanya wirid, doa dan solat sunat ba’diyah dibenarkan dengan masa singkat dan hendaklah segera beredar selepas menyempurnakannya.

Namun beliau berkata, amalan iktikaf selepas solat di masjid dan berkumpul selepas solat tidak dibenarkan.

“Program keagamaan seperti kuliah selepas Maghrib hingga Isyak, kuliah Subuh, bacaan Yasin malam Jumaat dan tazkirah sebelum solat Jumaat dibenarkan tidak melebihi satu jam.

“Penyampai kuliah hendaklah lengkap divaksin dengan kapasiti jemaah mengikut ketetapan had solat fardu dan Jumaat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here