Covid-19: 258 kematian, 75 BID direkodkan semalam

0
3
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 258 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan setakat semalam dengan 75 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Bagaimanapun berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah sebenar kematian akibat Covid-19 purata seminggu di negara ini semalam adalah sebanyak 87, manakala selebihnya adalah kematian tertunggak (backlog).

Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 25,695. Kes kematian per 100,000 populasi dicatatkan dalam tempoh dua minggu menunjukkan Pulau Pinang kekal mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 14.4 peratus kes kematian.

Ia diikuti Johor 10.9 peratus, Sabah 6.5 peratus dan Kedah 6.3 peratus. Manakala, seramai 978 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 576 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Portal GitHub menunjukkan hanya empat kes kematian sebenar dilaporkan berlaku semalam, namun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemas kini.

Daripada 258 kes kematian yang dilaporkan semalam, 56 daripadanya adalah di Selangor, disusuli Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25),Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan, Perak dan Pahang masing-masing (5),Terengganu dan Melaka (4), Perlis (2) serta Negeri Sembilan (1).

Negeri dan wilayah yang mencatatkan sifar kes kematian semalam adalah Labuan dan Putrajaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here