
PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 84.4 peratus membabitkan 19,753,742 individu yang lengkap vaksinasi.
Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 93.8 peratus atau 21,968,698 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Seramai 19,784,628 individu atau 60.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Manakala sebanyak 70.5 peratus atau 23,007,292 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, seramai 30,886 atau 1.0 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.
Sebanyak 323,335 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 172,388 dos pertama dan 150,947 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 42,699,197 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost
