MB Perlis dedah gambar terkini Padang Besar Pavilion

0
2

MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memaklumkan pembinaan Kompleks beli-belah Padang Besar Pavilion kini sedang berjalan lancar.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, menunjukkan beberapa keping gambar proses dan kemajuan pembangunan tersebut.

“Ya, ia nyata. Pembinaan ini mengambil masa tetapi sudah menampak bentuknya.

“Pemaju projek ini di mana pembinaannya di pekan Padang Besar, telah menghantar kepada saya beberapa gambar yang menunjukkan kemajuan fizikal yang telah dicapai sejauh ini untuk projek bernilai RM30 juta ini.

“Ia adalah projek pembangunan yang berkaitan dengan pelancongan. Apabila sudah siap, kita di Perlis harus berbangga kerana ia dibina di Perlis!,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, selain pembinaan Kompleks beli-belah berkenaan, jalan raya turut akan dibina di sepanjang garis sempadan untuk menghubungkan pintu masuk Thailand dan Malaysia.

“Ia bermula di Kompleks ICQS ke Pelabuhan Darat Perlis (PIP) yang dicadangkan, kira-kira 3.4 kilometer (km).

“PIP dan pembinaan jalan raya ini adalah dua projek pembangunan baru yang akan memenuhi lanskap ekonomi Perlis,” katanya.

Pada 19 Mei lalu, media melaporkan Kompleks beli-belah Padang Besar Pavilion dijangka siap pada penghujung 2021.

Kompleks tersebut mampu mewujudkan landskap baharu ekonomi bagi bandar sempadan ini menjelang awal 2022.

Azlan Man berkata projek bernilai RM30 juta itu adalah inisiatif pelabur swasta, PZS Development Sdn Bhd untuk membangunkan tanah milik kerajaan negeri seluas 3.64 hektar sebagai Kampung Fesyen.

Projek itu meliputi pembinaan 11 blok bangunan mengandungi 96 unit kedai, sembilan unit ruang makan dan 105 unit tempat letak kenderaan akan memberi imej baharu kepada pekan Padang Besar sebagai bandar yang lebih tersusun dan kondusif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here