Penderma hati pertama negara tawan cinta Ezlynn

0
3

PENDERMA hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang pernah menggemparkan negara 23 tahun lalu, tidak menyangka bertemu jodoh dengan artis.

Lelaki berusia 45 tahun itu menjelaskan dia dan Ezlynn Ariffin, 39, sebenarnya tidak pernah merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, lapor Kosmo.

“Perkara ini berlaku dalam tempoh singkat. Saya hanya menjalani babak-babak percintaan selepas berkahwin dengan Ezlynn.

“Sebelum ini, saya ada memberitahu hasrat berkahwin kepada ibu bapa Ezlynn termasuk keluarga saya dan mereka telah bersetuju,” katanya yang mengesahkan bernikah dengan Ezlyn dua minggu lalu.

Hafizam memberitahu mereka berdua mula berkenalan dalam satu program amal anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Menurutnya, sikap Ezlyn yang menjaga solat lima waktu membuatkannya terbuka hati menyunting pelantun lagu Hai Hai Bye Bye itu.

“Dia amat menjaga perkara tersebut walaupun sesibuk mana sekali pun,” kata Wan Mohd Hafizam yang mendermakan sebahagian hatinya kepada Afiq Iqmal yang berusia 14 bulan walaupun tiada pertalian darah antara mereka. – Malaysiapost

Foto kredit Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here