SEORANG wanita ditemui dalam keadaan murung bersama mayat suami dan anak lelakinya yang dipercayai meninggal dunia akibat Covid-19 di Taman Datuk Setia, Kangar, Perlis hari ini.
Mayat Bakar Yaacob, 79, dan Ahmad Rizal Bakar, 53, ditemui anggota polis selepas menerima laporan daripada jiran mangsa.
Wanita itu dipercayai tinggal bersama mayat suami dan anak lelakinya itu yang disyaki meninggal dunia dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata pemeriksaan ke atas mayat mangsa yang dibuat secara rambang mendapati tiada unsur perbuatan jenayah.
Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk pengurusan jenazah wabak manakala wanita itu kini mendapat rawatan di hospital itu.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.- Malaysiapost

