ATM bantu beri vaksin kepada seramai mungkin penduduk untuk lawan Covid-19

0
2

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan usaha menyuntik vaksin kepada seramai mungkin penduduk di Malaysia dalam usaha memerangi Covid-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata antaranya meningkatkan operasi Combat Medic Vaccination Team (CMVT) yang memberi suntikan pelalian itu di kawasan pedalaman dan memperluaskan pemberian vaksin secara pandu lalu kepada orang awam.

Menurutnya, pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi melancarkan pemberian vaksin kepada remaja 12 hingga 17 tahun yang dimulakannya pada 20 September lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.

“Tentera Darat Malaysia (TDM) juga telah memulakan program vaksinasi secara pandu lalu kepada golongan remaja pada 23 September lalu.

“Sebagai permulaan, tumpuan diberikan kepada seramai 13,800 remaja yang bukan sahaja terdiri anak anggota tetapi orang awam belajar di sekolah dalam kem TDM.

“Ia meliputi 31 lokasi di dalam kem TDM di seluruh negara iaitu 21 di semenanjung Malaysia serta 10 di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan mengubah strategi menyuntik vaksin kepada seramai mungkin penduduk bukan lagi berdasarkan imuniti kelompok iaitu 90 peratus populasi dewasa ditetapkan sebelum ini.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here