Caprice muat naik gambar iblis kali kedua

0
2

SEKALI lagi penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mencetuskan persoalan ramai pihak apabila memuat naik kembali foto wajah iblis di hantaran Instagramnya, hari ini.

Hantaran dimuat naik menerusi Insta Story itu turut berserta tulisan ‘husnuzon’ yang membawa erti ‘bersangka baik’.

Namun begitu, tidak dinyatakan adakah hantaran tersebut berhubung kait dengan pendedahan yang bakal dibongkar oleh pendakwah Firdaus Wong Wai Hung berkaitan kontroversi seorang pendakwah dermawan.

Sebelum ini Caprice pernah berkongsi imej yang sama pada 27 Julai lalu dan mendapat reaksi negatif daripada netizan.

Ketika itu, Caprice memberitahu tujuan muat naik imej tersebut untuk memberi petunjuk apa yang sedang berlaku berkenaan perjalanan jihadnya dan hasrat untuk ke Gaza, Palestin yang didakwa terhalang kerana campur tangan pihak lain.

Sementara itu, dalam hantaran lain, pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, memuat naik gambar jam pasir yang dipercayai membawa simbolik menunggu waktu atau masa untuk melakukan pendedahan membabitkan pendakwah tersebut.

Kontroversi membabitkan Caprice dan pendakwah terkenal, Ebit Lew berlarutan sehingga kini dan dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Konflik terbabit bertambah tegang apabila Firdaus baru-baru ini mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal.

Terbaharu, menerusi saluran Telegram, Firdaus memuat naik sebuah video yang memaparkan lafaz sumpah laknat oleh seorang lelaki yang mengaku abang kepada seorang mangsa pendakwah terkenal tersebut.

Dikatakan, Firdaus telah berbual dengan mangsa bersama ahli keluarganya dan mereka akan tampil kepada umum kelak bagi menceritakan perihal sebenar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here