Covid-19: Kes kembali lepas 14,000

0
1

KES baharu Covid-19 di Malaysia kembali melepasi angka 14,000 apabila mencatatkan 14,554 kes hari ini berbanding 13,754 semalam.

Jumlah keseluruhan kes di negara ini sejak wabak Covid-19 melanda terus melonjak kepada 2,171,232 kes.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di media sosial miliknya, Sarawak kembali mencatatkan kes tertinggi dalam negara dengan melaporkan 2,825 jangkitan.

Selangor pula mencatatkan 2,244 kes, Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).

Negeri yang malaporkan kes tiga angka ialah Kelantan (910), Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271) serta Negeri Sembilan (157).

Sementara itu Perlis mencatatkan 65 kes, Putrajaya (30) manakala Labuan tiada sebarang jangkitan baharu dilaporkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here