Firdaus Wong kongsi rakaman sumpah laknat, didakwa abang mangsa pendakwah

0
1

MESKIPUN dikecam netizen susulan pendedahannya di saluran Telegram mengenai kontroversi membabitkan seorang pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung terus berkongsi pelbagai maklumat didakwa bukti berkaitan isu tersebut.

Terbaharu, menerusi saluran Telegram, pendakwah bebas itu memuat naik satu video memaparkan lafaz sumpah laknat oleh seorang lelaki yang mengaku abang kepada seorang daripada mangsa pendakwah terkenal terbabit.

“Dalam lafaznya, lelaki itu bersumpah bahawa adiknya mengalami kemurungan sehingga cuba membunuh diri kerana tertekan dengan perbuatan pendakwah itu.

“Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, wabillahi, watallahi. Saya.. (tidak didedahkan nama) bersumpah dengan nama Allah bahawa adik saya(tidak dedahkan nama) mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri setelah (nama pendakwah yang dimaksudkan) atau juga dikenali sebagai (nama pendakwah yang dimaksudkan) melakukan perkara terkutuk melalui WhatsApp dan video call kepada adik saya.

“Jika saya berdusta, Allah laknatilah saya,” lafaz lelaki itu.

Terdahulu, Firdaus berbual dengan mangsa bersama ahli keluarganya dan difahamkan mereka akan tampil kepada umum kelak bagi menceritakan perihal sebenar.

“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat-sangat ‘supportive’ ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.

“Ini video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta video call lucah dari pemdakwah tersebut sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Akan tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran,” catatnya di Telegram.

Sebelum ini, Firdaus menerusi siaran Telegramnya mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal.

Sementara itu, Firdaus berkata dia dan pasukannya sedia berhadapan tindakan saman sekiranya terdapat pihak tertentu ingin mengambil tindakan undang-undang.

Tegasnya, mereka akan tetap bersama dengan mangsa-mangsa untuk mendapatkan keadilan serta memperjuangkan kebenaran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here