Institusi pendidikan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan dibuka Oktober

0
2
Sebahagian pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunggu dan menaiki bas mengikut SOP yang ditetapkan untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan Aidilfitri di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini.

SUSULAN peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Johor yang beralih ke fasa 2, akan dibuka semula pada 10 Oktober ini.

Manakala semua institusi pendidikan bawah KPM di Pahang yang berada di Fasa 3, bakal dibuka semula pada 11 Oktober.

Bagi Negeri Sembilan yang melangkah ke fasa 4 PPN hari ini, semua institusi pendidikan bawah KPM akan dibuka semula pada 18 Oktober depan.

KPM menerusi kenyataan hari ini, menetapkan jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasi institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Johor, Pahang dam Negeri Sembilan beralih fasa PPN berkuatkuasa 24 September.

Sementara itu, KPM menjelaskan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kelulusan untuk pelajar Tingkatan Enam semester dua dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level) di Fasa 1 hadir ke institusi pendidikan tanpa penggiliran.

“Oleh itu pengoperasian institusi pendidikan di Kedah akan bermula 10 Oktober 2021 untuk kumpulan pelajar tersebut. Murid lain kekal mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai kawasan gelembung pelancongan pada 18 September lalu, pengoperasin institusi pendidikan bermula 3 Oktober 2021 adalah berdasarkan ketetapan negeri fasa 4 PPN,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here