81.8 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap vaksinasi

0
3
Botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam adalah 81.8 peratus membabitkan 19,180,397 individu yang lengkap vaksinasi.

Manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah sebanyak 93.5 peratus atau 22,481,986 individu menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin kini, setakat semalam adalah 41,573,883 dos.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba di laman Twitternya, jumlah dos vaksin yang diberikan semalam adalah 326,612 dos.

Sebanyak 132,562 dos adalah dos satu daripada dua dos dan 194,050 dos lengkap. Peratusan populasi keseluruhan di Malaysia yang lengkap vaksinasi adalah 58.7 peratus, manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 68.8 peratus.

Jumlah populasi dewasa di Lembah Klang yang lengkap vaksinasi kini sudah melebihi 100 peratus iaitu 108.3 peratus, diikuti Labuan 98.1 peratus dan Negeri Sembilan 95.3 peratus.

Sarawak juga mencatatkan peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi yang tinggi iaitu 89.2 peratus, Perlis (87), Melaka (82.2) , manakala Terengganu mencatat 81.1 peratus.

Negeri yang merekodkan kadar vaksinasi lengkap lebih 70 peratus bagi populasi dewasa iaitu Pulau Pinang 77.5 peratus dan Johor 74.2 peratus.

Kedah pula mencatatkan 66.4 peratus, diikuti Perak (65.1), Pahang (65.2) dan Kelantan (63.8), manakala Sabah hanya mencatatkan 57.3 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here