Covid-19 : Malaysia catat 116 kematian baharu, 29 BID

0
2
Jenazah covid-19 dibawa oleh petugas-petugas Bilik Mayat HKL ke van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 116 kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 24,681 kes.

Berdasarkan data KKM di portal COVIDNOW, 29 daripada jumlah kes kematian harian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara kematian sebenar purata tujuh hari direkodkan pada kadar 92 kes. Dalam pada itu, data tersebut turut menunjukkan kes aktif catat penurunan iaitu sebanyak 198,284.

Manakala, pesakit yang perlu menjalani kuarantin di rumah adalah 83.4 peratus dengan kadar penggunaan katil di hospital pada 72.6 peratus di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here