Pegawai SPRM disyaki curi AS$6 juta disiasat miliki dadah, senjata api

0
2

POLIS menahan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki terlibat dalam kecurian barang kes bernilai AS$6 juta (RM25 juta) pada selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata suspek disiasat kerana kesalahan memiliki dadah, senjata api dan peluru.

Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka iaitu Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 25 September,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahad lalu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Ketiga-tiganya sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan sama, Abd Jalil memaklumkan polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan tersebut, namun maklum mengenai penularan berita itu di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here