HANYA tiga calon tampil mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Sri Sulaman, Tuaran selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi.
Calon pertama yang mengemukakan pencalonan ialah dari Parti Warisan Sabah, Datuk Aliasgar Basir yang tiba pada jam 8.35 pagi, diikuti caon Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Rekan Hussein yang tiba pada jam 8.40 pagi.
Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor calon paling akhir tiba di Dewan Sri Sulaiman.
Hajiji tiba di tempat penamaan calon pada jam 9.03 pagi.-Malaysiapost


