Gol Safawi dinobat AFC Champions League’s Best Goal of the Decade

0
3

JARINGAN pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ketika bertemu Shandong Luneng pada musim 2019 yang lalu dinobatkan sebagai AFC Champions League’s Best Goal of the Decade.

Perkara itu disahkan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu pengumuman di laman web rasmi mereka, petang tadi.

Dari 10 finalis yang tersenarai, bola lencong yang menggegar gawang Shandong Luneng itu berjaya meraih 34 peratus undian secara keseluruhannya.

Difahamkan, gol pemain berasal dari Terengganu itu menerima kira-kira 6,777 undian.

Ini berdasarkan dari maklumat yang disiarkan oleh pihak AFC di laman web mereka sebanyak 19,933 undian telah dibuat sepanjang tempoh tiga minggu ia berlangsung.

Pengiktirafan ini pastinya akan menaikkan lagi moral serta semangat beliau untuk terus mempertingkatkan prestasi permainan di masa depan terutama selepas khidmatnya diintai kelab liga divisyen 1 Portugal, Portimonense SC. – Malaysiapost