Jenazah Sandra selamat dikebumi

0
2

SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di Tuaran, Sabah apabila dianggarkan 100 ahli keluarga dan saudara-mara memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi, Allahyarham Sandra Dianne petang tadi.

Dalam hujan renyai, jenazah Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria, 26, selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada jam 5.45 petang.

BH melaporkan sebelum itu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Hospital Putrajaya pada jam 10.45 pagi dan tiba di Kota Kinabalu, tiga jam kemudian.

Sejurus ibu dan anggota keluarga arwah yang lain tiba, solat jenazah disempurnakan.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya, Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi selepas koma selama enam hari. – Malaysiapost