POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan model penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah dalam negara bagi melaksanakan perintah di Kota Setar, Kedah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, Polis Kontinjen Kedah boleh mengambil pengalaman seperti mana yang berlaku di daerah Kluang dan Hulu Langat dalam melaksanakan PKPD di 28 mukim di daerah berkenaan yang bermula malam tadi.
Katanya, ‘template’ sudah ada, jadi pihaknya akan melaksanakan saja.
“Saya tidak nampak ada apa-apa masalah di situ dan semua akan berjalan lancar,” katanya seperti dipetik BH.
Abdul Hamid berkata, polis meminta orang ramai tidak bersikap mementingkan diri melakukan aktiviti yang berisiko tinggi seperti buka kelab malam atau majlis yang tidak ada penjarakan fizikal.
“Saya minta hentikan perbuatan (langgar PKPD), berikan ruang dan peluang kepada Kementerian Kesihatan untuk mencapai ke tahap kes sifar. – Malaysiapost

