Ku Li sedih guna kuasa politik kukuhkan kuasa, kedudukan

0
3

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah membidas sikap wakil rakyat yang mengamalkan rasuah politik demi mengukuhkan kuasa dan kedudukan dalam sesebuah parti.

Veteran Umno itu berkata, amalan rasuah politik ini tidak adil dan berat sebelah kerana mereka yang berjawatan dalam kerajaan akan menghamburkan pelbagai habuan kepada sesiapa yang menyokong memperkukuhkan kedudukan mereka.

“Amat menyedihkan apabila amalan politik kita berbaur menjadi rasuah politik di mana kuasa politik ditukar ganti dengan sokongan untuk mendapat kedudukan dalam parti.

“Ini dilaksanakan dengan pengwujudan sistem berat sebelah dan ganjaran kewangan berperingkat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Razaleigh menegaskan, rasuah politik sebagai perbuatan haram dan akan memberi kesan kepada sistem demokrasi negara.

“Ia membahayakan demokrasi berperlembagaan kita masih tidak mendapat pengiktirafan seperti terdapat di negara-negara lain.

“Kita harus menghapuskan musuh dalam selimut ini sekiranya kita benar-benar hendak mempertahankan sumpah berperlembagaan untuk “menyimpan, menjaga keselamatan dan mempertahan” perlembagaan kita,” katanya.

Pada masa sama beliau yang mesra disapa Ku Lu mendakwa Umno baharu yang dihidupkan kembali pada 1987 telah menjadi parti kepada suatu golongan politik baru yang menyalahgunakannya untuk memperkayakan diri.

“Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Sekaligus ini merosakkan jiwa keMelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya.

“Di samping itu prinsip akhlak hancur berkecai, begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awam dan kuasa politik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here