Hanipa gesa usul undi percaya kepada PM dilaksanakan

0
1

AHLI Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menggesa Dewan Rakyat mengadakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ianya selaras menjunjung titah Yang di Pertuan Agong pada 18 Ogos lalu, supaya usul berkenaan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat dengan segera.

Jelasnya, semua pihak harus menjunjung titah Yang di Pertuan Agong tersebut kerana ianya penting bagi mengesahkan sama ada Ismail Sabri mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat atau sebaliknya.

“Kalau betul kita semua junjung titah Agong, hendaklah laksana titah Agong ini supaya adakan usul undi percaya di Dewan Rakyat ini.

“Ini untuk sahkan Yang Berhormat (Ismail) dapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat selaras titah Agong pada 18 Ogos lalu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini

Sementara itu, Hanipa berkata, kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengenai pelantikan Perdana Menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Yang di Pertuan Agong, disifatkan tidak ada masalah untuknya menerima kenyataan itu.

Katanya, ini kerana itu adalah hakikat dalam undang-undang.

Namun, Naib Presiden Amanah itu menegaskan, isu tersebut bukan sahaja melibatkan undang-undang, malah turut melibatkan ‘good practice’ (amalan baik).

“Amalan yang baik yang cuba diperkenalkan oleh Agong dalam konteks kita hadapi satu kemelut politik yang berpanjangan.

“Saya rasa ini bukan perkara luar biasa. Bagi saya tak ada masalah adakan undi percaya ini dan sebagai sebuah kerajaan yang nampak bersungguh mengatakan ingin untuk memperakui Raja-Raja Perlembagaan sepatutnya kita ambil berat titah Agong,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here