Peguam Nur Sajat tak cekap lawan kes – Siti Kassim

0
1

PEGUAM Siti Kasim mendakwa peguam yang membela Nur Sajat tidak berkebolehan dalam melawan kes yang dihadapi anak guamnya.

Siti Kasim juga mendakwa dia sememangnya telah mengetahui usahawan kosmetik itu terpaksa melarikan diri kerana diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Saya pada awalnya adalah peguam kes tersebut tetapi diambil alih peguam lain untuk menyelesaikannya, tapi malang tidak berjaya. Sajat kalah kes tersebut kerana peguam tidak cekap.

“Dia ada kes yang bagus menentang bekas pekerjanya. Saya tahu fakta. Sajat terpaksa melarikan diri kerana diburu JAIS,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Selain itu, Siti Kasim juga turut meluahkan punca usahawan kosmetik tersebut melarikan diri bukan kerana kes sivil yang seperti orang ramai sangkakan.

“Menakjubkan bagaimana orang ramai percaya dia lari kerana kes sivil? Itu tidak benar. Dia lari kerana JAIS mahu dakwa dia kerana memakai baju kurung semasa majlis. Jangan percaya fitnah,” ciapnya.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, dilaporkan ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Dia ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak Imigresen jam 6 petang (waktu Thailand). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here