Kerajaan sahkan 22 kali cabutan khas nombor ekor tahun ini

0
2

CABUTAN khas nombor ramalan sebanyak 22 kali dibenarkan kerajaan sepanjang tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memberitahu dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, hari ini.

“Untuk makluman Ahli Dewan (Rakyat), Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua agensi nombor ramalan (NFL) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun 2021,” katanya.

Tengku Zafrul menjawab secara bertulis pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyoal berapakah jumlah cabutan khas nombor ramalan sepanjang tahun ini.

Perkara ini sewajarnya mendapat perhatian PAS yang sebelum ini lantang mengkritik operasi agensi nombor ramalan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya berkata, tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membenarkan sektor terbabit beroperasi adalah sesuatu yang sukar difahami.

“Sukar untuk difahami mengapa dalam tempoh yang kritikal ini kerajaan boleh membenarkan kasino dan syarikat perjudian seperti Magnum 4D dapat beroperasi semula.

“Langkah membuka semula kasino walaupun terhad kepada ahli kumpulannya sahaja jelas tidak memberikan apa-apa manfaat kepada negara.

“Bahkan, implikasi perjudian tidak kurang lebih sama dengan implikasi daripada arak yang membawa kepada kecelakaan sosial dalam masyarakat di negara ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here