Turunkan lagi harga kit ujian pantas Covid-19 – Zahid

0
1
Kit ujian kendiri Covid-19 dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea dijual di sebuah farmasi Selayang ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

UMNO menyarankan kerajaan menurunkan lagi harga kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) dengan mencari mekanisme terbaik bagi meringankan beban rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga penghujung tahun, sebaliknya perlu ada kaedah yang dapat dipersetujui peniaga.

“Harga runcit maksimum bagi kit ujian tersebut masih tinggi bagi sebilangan keluarga.

“Dalam keadaan ekonomi semasa, harga RM19.90 agak membebankan terutama mereka yang punyai ramai ahli keluarga.

“Saya percaya anggota masyarakat mahu lebih kerap melakukan ujian kendiri ke atas diri dan keluarga pada waktu ini,” katanya di Facebook, hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, harga yang lebih murah membolehkan rakyat sentiasa dapat memantau kesihatan, memandangkan pergerakan mereka kembali bebas berikutan kebanyakan sektor ekonomi dan sosial telah dibuka semula ketika ini.

“Sebilangan murid dan pelajar juga akan kembali ke sekolah bermula 3 Oktober ini.

“Secara tidak langsung dapat membantu mengekang penularan Covid-19 yang masih mengganas ketika ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here