Harga makanan ayam kembali stabil jika endemik diisytihar

0
2

HARGA makanan ayam dijangka stabil di pasaran selepas pandemik Covid-19 diisytiharkan sebagai endemik tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kenaikan harga makanan ayam pada masa ini disebabkan Malaysia mengimport jagung yang bekalannya turut terkesan akibat penularan wabak itu.

“Oleh itu, hasil jagung keluaran negara pengimport menjadi rebutan seluruh dunia menyebabkan harganya meningkat,” katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata pengisytiharan Covid-19 sebagai endemik tidak lama lagi di Malaysia dan seluruh dunia dijangka memberi kesan kepada harga makanan berasaskan pertanian.

Ditanya kemungkinan berlaku masalah ternakan sakit atau mati di ladang sehingga menjejaskan bekalan ayam dan mempengaruhi kenaikan harganya, beliau berkata, kes terbabit memang berlaku tetapi hanya dalam jumlah minimum.

Baru-baru ini, harga runcit ayam segar dilaporkan meningkat berpunca daripada peningkatan kos bahan asas bagi penghasilan makanan ayam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here