Sudah boleh mendaki Gunung Kinabalu

0
1

SEMUA pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah, termasuk pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam, berkuatkuasa Khamis lalu.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata taman pulau penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula dibuka esok.

“Pembukaan taman itu terhad kepada peraturan ditetapkan seperti pelawat lengkap divaksinasi Covid-19 sahaja dibenarkan.

“Ia juga bagi pelancong domestik dari daerah yang sama sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan kepada 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.

“Semua aktiviti dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) operasi stesen Taman-Taman Sabah selaras Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dikemas kini pada 11 September lalu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here