Langkawi catat 42 lagi kes Covid-19

0
2

PULAU Langkawi hari ini melaporkan 42 kes baharu Covid-19, berbanding 53 kes semalam.

Meskipun menunjukkan penurunan, namun data dikongsi Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menunjukkan pertambahan satu lagi mukim menjadikan enam mukim di pulau legenda itu terdapat kes positif Covid-19.

Sebanyak 17 kes baharu positif Covid-19 dikesan di mukim Kuah, diikuti Ayer Hangat (15), Bohor (7), dan masing-masing satu kes di mukim Ulu Melaka, Kedawang dan Padang Matsirat.

Sejak pulau peranginan ini dibuka kepada orang ramai Khamis lalu, jumlah jangkitan Covid-19 terus melonjak sebanyak 152 kes setakat ini.

Langkawi dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis bagi pembukaan sektor pelancongan domestik kepada mereka yang memenuhi kriteria Prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pelancong dari seluruh negara termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan mengunjungi Langkawi bermula Khamis lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here