RM471.6 juta bagi pemberian Pakej Penjagaan Covid-19

0
2
Ismail Sabri

KERAJAAN akan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas jangkitan wabak berkenaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia sebagai persediaan ke arah era endemik Covid-19, selain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu. 

Ini sekali gus katanya, membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19. 

“Sehubungan itu, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi: 

– Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga); 

– Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga); 

– 1 pulse oximeter; 

– 1 termometer; serta 

– Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan. 

“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.  

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 3.6 juta keluarga B40 yang mana secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here