Polis siasat sambutan hari jadi

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632033392067","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

POLIS memanggil empat individu susulan penularan video menunjukkan sekumpulan individu sedang menyambut hari jadi di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, sejak semalam. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya, berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi seminit satu saat yang tular di media sosial semalam. 

Menurutnya, hasil penelitian ke atas video berkenaan mendapati aktiviti sosial yang diadakan menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.  

“Setakat ini seramai empat individu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan. 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurutnya, kertas siasatan akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan.  

“Orang ramai dinasihat agar menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here