Langkawi catat 57 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2

SEBANYAK 57 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan di Pulau Langkawi hari ini.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi, menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sebanyak 22 kes direkodkan di Kuah, manakala Ayer Hangat (15), Padang Matsirat (13), Ulu Melaka (4), Kedawang (2) dan sat ukes di Bohor.

“Jaga baik-baik kita orang Langkawi,” kata hantaran itu.

Hari ini sebanyak 17,577 kes kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, menurun sedikit berbanding 18,815 semalam.

Catatan kes baharu di Kedah masih mencecah empat angka, dengan 1,173 kes hari ini.

Langkawi dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis bagi pembukaan sektor pelancongan domestik yang boleh dikunjungi bagi mereka yang memenuhi kriteria Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pelancong dari seluruh negara termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan mengunjungi Langkawi bermula semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here